Friday 25 January 2008

Keta'atan Luar Biasa Kepada Suami

Siapakah sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatuna Fatimah binti
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam?

Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam

ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran.

Suatu hari ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sedang melayani puteri kesayangannya

Sayyidatuna Fatimah, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Wahai anakandaku ! Ketahuilah
olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu."

Mendengar kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka Sayyidatuna Fatimah, lantas

dia pun bertanya kepada Baginda sambil menangis : "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana
halnya dan bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda ?
Ayahanda ! khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatuna Fatimah
ingin tahu.

Lalu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan : "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di

sebuah kampung kawasan pedalaman hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama
Perempuan itu ialah Muthi'ah.

Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya, Sayyidatuna Fatimah pun keluar

mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu. Setelah bertanyakan
penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan
perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal
perempuan ini.

Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah Sayyidatuna Fatimah dengan

rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang.
Mungkin sebab itulah susah mencarinya.

Sebaik saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati hanya suara saja kedengaran

menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatuna fatimah
menunggu, penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil bertanya siapakah gerangan
di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka hanya
bercakap melalui jendela sahaja.

Sayyidatuna Fatimah memperkenalkan dirinya : "Saya Sayyidatuna Fatimah binti Rasulullah, datang kemari

kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu." Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, maka perempuan itu menjawab : "Terima kasihlah kamu datang ke
rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti
saya minta izin dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."

Dengan langkah yang amat berat sekali Sayyidatuna Fatimah pun pulang dengan perasaan yang sangat hampa

kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-
amalannya. Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya Hasan. Sebaik sahaja
sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu
yang datang itu ialah Sayyidatuna Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada
seorang budak bersama-sama Sayyidatuna Fatimah lalu dia bertanya : " Fatimah, ini siapa ?"
"Ini anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah. Perempuan itu pun berkata : " Saya dukacita Fatimah,
kerana saya belum minta izin dari suami saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatuna Fatimah seorang sahaja,
saya kenalah minta izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari saja."

Sayyidatuna Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya diluar, takut dia

menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun
ambil keputusan untuk balik saja.

Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan

Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.

"Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian. Jawab Sayyidatuna Fatimah : "Tidak,

kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga." Apabila jendela dibuka perempuan
itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin.

"Fatimah, saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya minta izin dari suami saya,

harap maaf, sila datang esok hari sajalah," tegas perempuan itu. Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatuna
Fatimah tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi kemari."

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : "Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya,

sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk,
takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa,
pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya kesal.

Dalam pada itu sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi ini.

Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata : "Kenapa engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatuna
Fatimah itu puteri Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam) dan dua orang anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih
daripada itu pun engkau patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaannya
(Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam). Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke
mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua
sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."

Sahut perempuan itu : "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa apa yang

saya tahu keselamatan diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat
perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku."
"Terima kasih," sahut suaminya. "Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak menerima tetamu perempuan
melainkan dengan izin aku, kerana menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita."

Pada hari berikutnya, Sayyidatuna Fatimah pun datang sebagaimana yang dijanjikan dengan membawa dua

orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara ala kadar
mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan perbualan.

Pertanyaan Sayyidatuna Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang menjadi penyebab Muthi'ah

menjadi wanita pertama masuk syurga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah
menjawab semua pertanyaan Sayyidatuna Fatimah dengan ikhlas. Katanya: "Tingkah laku saya sebenarnya biasa
sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun biasa saja malah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih
mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh Baginda dalam hal kewajiban
saya sebagai isteri. Antaranya:

- Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar bekerja

- Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada keizinan dari suami
- Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta
- Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya
- Saya tidak cepat-cepat cemburu
- Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua

Soal berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suaminya yang

tersayang saja, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain.

Setengah riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan

seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatuna
Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat
hujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis dengan
senyuman.

Melihat keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatuna Fatimah merasa gelisah kerana dia anak

beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat layanan. Lantas Sayyidatuna Fatimah bertanya: "Kenapa jadi
begini?" Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan
pulang dari kerja."

"Buat apa dengan bekas air itu?" Tanya Sayyidatuna Fatimah. Jawab Muthi'ah jujur : "Kiranya suami saya

dahaga pada ketika dia balik dari kerja, saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat.
Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya."

Sayyidatuna Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?" Jawab Muthi'ah : "Jika suami saya marah atau

kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini."

Kemudian Sayyidatuna Fatimah bertanya pula : "Kenapa pula engkau selak kain engkau sehingga

menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?" Maka Muthi'ah menjawab : "Jika dia berkehendakkan
saya, lalu dia pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan memudahkan akan
maksud hajatnya itu."

Sebaik saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatuna Fatimah termenung sejenak lalu berkata

di dalam hatinya : "Jika beginilah kelakukan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya.
Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa
keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya."
Fatimah minta diri.

Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.

"Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada
Siti Fatimah. Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata : "Tetapi anakanda tidak dapat
meniru perangai dan amalan Muthi'ah."

Melihat telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum sambil bersabda :

"Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah
perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk syurga nanti.
Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu,
barulah nampak Sayyidatuna Fatimah mulai gembira dan tersenyum.

Begitulah ganjaran yang Allah Subhanahu Wataala berikan kepada Muthi'ah, semoga amalan yang dilakukannya

itu sedikit sebanyak akan menjadi panduan dan dorongan kepada wanita-wanita sekarang terutama bagi mereka
yang sudah berumahtangga.


*saya tak jumpa perawi hadith/kisah ini... boleh jadi ini hadith/kisah da'if.....namum, kisah ini dapat
dijadikan iktibar supaya dapat kita amalkan dan sampaikan*


Wednesday 9 January 2008

Love your Wife until Jannah

By Sheikh Abdullah Adhami
By getting married you are not just getting a wife; you are getting your whole world. From now until the
rest of your days your wife will be your partner, your companion, and your best friend.

She will share your moments, your days, and your years. She will share your joys and sorrows, your
successes and failures, your dreams and your fears. When you are ill, she will take the best care of you;
when you need help, she will do all she can for you. When you have a secret, she will keep it when you
need advice, she will give you the best advice. The best description that I personally have ever read
describing the closeness of the spouses to each other is the Qur'anic verse which says:

"They are your garments and you are their garments" (Surah Al Baqarah 2:187)

Indeed, spouses are like garments to each other because they provide one another with the protection,
the comfort, the cover, the support, and the adornment that garments provide to humans. Just imagine
a journey in the winter of Alaska without garments! Our spouses provide us with the same level of comfort,
protection, cover, and support in the journey of our lives on this earth as garments would do in the Alaskan
journey.

The relationship between the spouses is the most amazing of all human relations: the amount of love and
affection, intimacy and closeness, mercy and compassion, peace and tranquility that fills the hearts of the
spouses is simply inexplicable. The only rational explanation for these most amazing of all human feelings
is that: it is an act of Allah (s.w.t),

"And Allah has made for you Mates (and Companions of your own nature..."
(Surah Al Nahl 16:72)

Only the Almighty Allah s.w.t., in His Infinite Power, Boundless Mercy, and Great Wisdom can create and
ingrain these amazing and blessed feelings in the hearts of the spouses. In fact Allah s.w.t., is reminding
those who search for His signs in the universe that these feelings in the hearts of the spouses are among
the signs that should guide humans to His existence as He says in the Qur'an:

"And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves that you may
dwell in tranquility with them and He has put love and mercy between your hearts:verily in that
are signs for those who reflect." (Surah Al Rum 30:21)

But Allah s.w.t., knows that the human heart is not a static entity, it is sometimes weak and at times
dynamic. Feelings can and do change with time. Love may wither and fade away. The marital bond might
weaken if not properly cared for. Happiness in marriage cannot be taken for granted; continuous happiness
requires constant giving from both sides. For the tree of marital love to remain alive and keep growing, the
soil has to be sustained, maintained, watered and nurtured. Remember that you will be rewarded by Allah
s.w.t., for any emotions you show to your wife as the Prophet(s) said :

"One would be rewarded for anything that he does seeking the pleasure of Allah even the food
that he puts in the mouth of his wife".

Never underestimate the importance of seemingly little things as putting food in your wife's mouth, opening
the car's door for her, etc. Remember that the Prophet(s) used to extend his knee to his wife to assist her
up to ride the camel.

Try to always find some time for both of you to pray together. Strengthening the bond between you and
Allah s.w.t., is the best guarantee that your own marital bond would always remain strong. Having peace
with Allah s.w.t., will always result in having more peace at home. Remember that the Prophet(s) gave glad
tidings for those couples that wake up at night to pray together. The Prophet(s) even urged the spouse who
rises up first to wake the other spouse up even by throwing cold water on his/her face.

Always try your best to be good to your wife by words and by deeds. Talk to her, smile to her, seek her
advice, ask for her opinion, spend quality time with her and always remember that the Prophet(s) said:

"The best of you are those who are best to their wives"

Finally, it is common that spouses vow to love and honor their spouses until death do them part. I do believe
that this vow is good or even great, but not enough! It is not enough that you love your wife. You have to love
what she loves as well. Her family, her loved ones must also become your loved ones.

Top 10 Beauty Tips

1. FOR PERFECT LIPS:
Try 'Smiles'; A simple formula guaranteed to beautify any face instantly.

2. FOR FANTASTIC FRESH BREATH:
Use 'Speak Words of Truth and Kindness'; as this mouthwash never allows stale smells to linger.

3. FOR BEAUTIFUL EYES:
Can be achieved by Looking for The Good. This product also has a positive effect on the heart.
Tip: Lowering your gaze when required also helps!

4. LOSE WEIGHT:
By repenting and making Taubah. Both these load shifters will reduce stress and leave you feeling
considerably lighter.

5. FOR THE SOFTEST SKIN:
Can be achieved by 'Tears' used alongside 'Prayer', particularly late at night; it will leave you glowing
and feeling relaxed. Use a wonderful cream called "Noor"

6. FOR THE BEST LOOKING HANDS:
Give donations and charity.

7. AVOID HEART DISEASE:
By contacting the 'Forgive Yourself and Others', and 'Counting Your Blessings', Health Spas. No need
to travel, just give them a call and they'll treat you wherever you are. Their holistic treatments have a
whole host of additional health benefits including stress busting.

8. FOR A BETTER POSTURE:
Strengthen and straighten your back by using 'Help Carry Another's Burden'; You'll be surprised by how
easy and natural it is to use.

9. FOR PERFECT POISE:
Use 'Knowledge and Wisdom'; this excellent product will do wonders for your self esteem and confidence,
and will even boost your body's defenses.

10. FINALLY, TO DRESS THE BEAUTIFUL YOU:
Find the ultimate outfit in, 'Taqwa', this robe perfectly fits yet allows room for growth, the true classic
promises to never go out of style and is appropriate for any occasion.