Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan 7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau
benci kepada seseorang wanita.
1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah
seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.
2. Cerewet
3. Cemburu
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga
pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini
memandangkan lelaki akan merasakan diri mereka tidak dipercayai.
4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya
apabila suami menetapkan keluar jam 3pm tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk
bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.
5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.
6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji da segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung
tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau
batas pergaulan itu.
7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali
oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya
mencabar dengan kata-kata seperti, "saya cabar awak ....."
No comments:
Post a Comment