Tuesday, 11 September 2007

Hadis 01

Riwayat Imam Al-Bukhari
Daripada Jabir bin Abdullah:

Nabi Muhammad (s.a.w.) naik ke atas mimbar kemudian berkata:
Amin, Amin, Amin.
Para sahabat bertanya: Kenapa engkau berkata Amin, Amin, Amin, wahai Rasulullah?
Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata:

Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan
tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!, maka aku berkata: Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi: Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya
atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke
Syurga dan katakanlah amin!, maka kukatakan: Amin.

Kemudian Jibril berkata lagi: Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia
tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!, maka kukatakan: Amin.

Ramadhan


Assalamualaikum...Waalaikumsalam.

Bulan RAMADHAN satu bulan yang banyak fadhilatnya. Pagi petang siang malam dipenuhi dengan ruang2 untuk mencari keampunan Allah s.w.t. dan pahala2 yang banyak.

PUASA: kalau bila kita berpuasa, kita mampu meninggalkan makan minum kita (iaitu satu benda asas yang kita selalu buat). Mana ada org yang berani kata, “aku dah boring makan dan minum....mulai hari ini aku tak nak makan dan minum...?” tak ada!!

Kalau makan minum kita boleh tinggal, kenapa kita sukar meninggalkan benda2lain....umpanya.....sukar untuk meninggalkan rokok....sukar untuk meninggalkan curi.....sukar untuk meninggalkan cakap bohong....sukar untuk meninggalkan mengumpat.....sukar untuk meninggalkan maksiat ; dan sebagainya.

kita kena menyedari bahawa Ramadhan satu bulan yang sangat mulia. Yang tak pernah sembahyang, dalam bulan Ramadhan ni dia pi sembahyang. Yang tak pernah baca Quran, dia baca Quran.

Ada org umpamakan bulan Ramadhan sebagai kem tentera. Kita berlatih untuk 1 bulan dan kita berperang untuk 11 bulan. Berlatih ni bermaksud, apa yang kita buat dalam bulan Ramadhan, kita buat dalam bulan lain. Apa yang kita tinggalkan dalam bulan Ramadhan, kita tinggalkan dalam bulan2 lain.

Jadi, ini menunjukkan, bulan Ramadhan membentuk peribadi seorang muslim mukmin.
Ramadhan ialah satu bulan yang melatih muslimin dan muslimat utk mempraktikkan cara hidup yang terbaik, iaitu:
kurangkan makan dan minum......jgn mengumpat.....mencuri ......bohong......
malah...banyakkan baca Al-Quran...berzikir.....bersolat sunat.....

Kalau kita anggap bulan ramadhan sebagai satu bulan yang mana datang sebelum raya sahaja semata2, maka,

kita tak manfaatkan bulan Ramadhan sepenuhnya.

Peringatan untuk muslimat yang UZUR !
sungguhpun anda tak boleh sembahyang dalam keadaan uzur, anda boleh buat benda2 lain. Cthnya:
berzikir....selesaikan masalah ummat.......berdoa.....STUDY.....
Allah s.w.t. Maha Adil......utk berqiamullail tidak semestinya kena solat sahaja

Wassalam

Sunday, 2 September 2007

Hutang

Assalamualaikum...
Waalaikumsalam...


Cuba kita imbas kembali...dizaman persekolahan/Universiti dulu...
kdg2 kita berhutang ngan kawan2 kita....1 kupang (10sen) atau 2 kupang (20sen) dan kita tak pernah
bayar balik. Kawan kita pun dah lupa dah...

Dalam Islam, berhutang ni:
sepatutnya kenala bertulis.......dengan 2 org saksi......
kiranya.....kena ada kita, org yg bagi hutang kat kita, tukang tulis, dan 2 org saksi.

Minimum 5 org.......barulah proses hutang berfungsi.....


Org yg berhutang:

- hendaklah berniat untuk membayar hutang itu

- hendaklah memberikan satu tempoh bila yg dia mampu bayar balik

- hanya berhutang bila benar2 diperlukan shj dan jgnla sampai berhutang untuk memenuhi nafsu seperti
berhutang nak beli kereta mewah.....nak beli rumah condo/bunglo......nak beli baju branded....nak beli itu...
nak beli ini.....


ingatlah, sesungguhnya, org yg berniat untuk membayar balik hutangnya itu, kalau dia telah meniggal dunia,
Allah s.w.t. akan menyelesaikan hutangnya diakhirat...

dan siapa yg berniat untuk TIDAK membayar balik hutangnya, maka, tanggunglah dia akan hutangnya itu...
sendiri mau ingatla nak jawab apa kat akhirat nanti…

bila yg peminjam itu telah mampu (dah ada duit la kiranya) maka janganla tangguhkan pembayaran hutang itu...
cepat2 bayar balik hutang...

maka....kesimpulannya......

sapa2 yg ada kredit kad tu.......berhati hati sikit berbelanja......
jgn ikutkan nafsu sangat.......

bagi yg ada masalah ngan bil tepon / PTPTN / Internet...
sekurang kurangnya.....berniatla untuk membayar balik......
seboleh bolehnya.....bayarla hutang tu....

masalah hutang ni.....satu benda yg amat berat......
PLEASE take it serious....


Wassalam



Keluhan Kaum Hawa

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,

itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya
merahlah dunia kerana darah manuia, kacau-bilaulah suasana, Adam sesama Adam bermusuhan kerana
Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika
begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!

Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong
oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku
menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kauumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada
Tuhanmu yang engkau agungkan itu..........


Petikan dari;
Warkah dakwah 1986


Isteri yg solehah

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam
kitab Muhimmah :-

1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh
mana-mana bahagian tubuhnya.

2. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar
ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

4. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

5. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

6. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

7. Minta talak.

8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

9. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.



Wajib bagi wanita :-

- Mengekalkan malu pada suaminya.

- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

- Mengikut kata-kata dan suruhannya.

- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

- Berdiri menyambut kedatangannya.

- Berdiri menghantar pemergiannya.

- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

- Tiada khianat ketika tiada suaminya.

- Memuliakan keluarga suaminya.

- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.


Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya
suami padanya.

Miskin

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke
dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan
orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami
oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya,
"Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"
"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
"Ya," Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat.
Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang
tidak berpenghujung.

Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada
waktu malam.

Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan
sehingga ke kali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat
luas saujana mata memandang.

Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.

Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka.

Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai
yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut kemudiannya berkata,
"Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita,"