Tuesday, 11 September 2007

Ramadhan


Assalamualaikum...Waalaikumsalam.

Bulan RAMADHAN satu bulan yang banyak fadhilatnya. Pagi petang siang malam dipenuhi dengan ruang2 untuk mencari keampunan Allah s.w.t. dan pahala2 yang banyak.

PUASA: kalau bila kita berpuasa, kita mampu meninggalkan makan minum kita (iaitu satu benda asas yang kita selalu buat). Mana ada org yang berani kata, “aku dah boring makan dan minum....mulai hari ini aku tak nak makan dan minum...?” tak ada!!

Kalau makan minum kita boleh tinggal, kenapa kita sukar meninggalkan benda2lain....umpanya.....sukar untuk meninggalkan rokok....sukar untuk meninggalkan curi.....sukar untuk meninggalkan cakap bohong....sukar untuk meninggalkan mengumpat.....sukar untuk meninggalkan maksiat ; dan sebagainya.

kita kena menyedari bahawa Ramadhan satu bulan yang sangat mulia. Yang tak pernah sembahyang, dalam bulan Ramadhan ni dia pi sembahyang. Yang tak pernah baca Quran, dia baca Quran.

Ada org umpamakan bulan Ramadhan sebagai kem tentera. Kita berlatih untuk 1 bulan dan kita berperang untuk 11 bulan. Berlatih ni bermaksud, apa yang kita buat dalam bulan Ramadhan, kita buat dalam bulan lain. Apa yang kita tinggalkan dalam bulan Ramadhan, kita tinggalkan dalam bulan2 lain.

Jadi, ini menunjukkan, bulan Ramadhan membentuk peribadi seorang muslim mukmin.
Ramadhan ialah satu bulan yang melatih muslimin dan muslimat utk mempraktikkan cara hidup yang terbaik, iaitu:
kurangkan makan dan minum......jgn mengumpat.....mencuri ......bohong......
malah...banyakkan baca Al-Quran...berzikir.....bersolat sunat.....

Kalau kita anggap bulan ramadhan sebagai satu bulan yang mana datang sebelum raya sahaja semata2, maka,

kita tak manfaatkan bulan Ramadhan sepenuhnya.

Peringatan untuk muslimat yang UZUR !
sungguhpun anda tak boleh sembahyang dalam keadaan uzur, anda boleh buat benda2 lain. Cthnya:
berzikir....selesaikan masalah ummat.......berdoa.....STUDY.....
Allah s.w.t. Maha Adil......utk berqiamullail tidak semestinya kena solat sahaja

Wassalam

No comments: