Sunday, 2 September 2007

Isteri yg solehah

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam
kitab Muhimmah :-

1. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh
mana-mana bahagian tubuhnya.

2. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

3. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar
ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

4. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

5. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

6. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

7. Minta talak.

8. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

9. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

10. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

11. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.



Wajib bagi wanita :-

- Mengekalkan malu pada suaminya.

- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

- Mengikut kata-kata dan suruhannya.

- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

- Berdiri menyambut kedatangannya.

- Berdiri menghantar pemergiannya.

- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

- Tiada khianat ketika tiada suaminya.

- Memuliakan keluarga suaminya.

- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.


Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya
suami padanya.

No comments: