Thursday, 3 September 2009

Lailatul Qadar

Assalamualaikum...
Waalaikumsalam...

Al-Qadar (kemuliaan), 97:1-5
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
(2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(3) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(4) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa

segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(5) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sebenarnya, dulu terdapat khilaf ulama’ yg mana satu antara berikut ialah malam lailatul qadar
- salah satu daripada 10 malam ganjil terakhir dalam bulan Ramadhan
- 17 Ramadhan

Jumhur ulama’ perpendapat, malam Lailatul Qadar ialah malam dimana Al-Quran diturunkan
dari Al-Lawh Al-Mahfuz ke langi dunia (salah satu daripada 10 malam ganjil terakhir dalam
bulan Ramadhan). Jika dihidupkan malam ini dengan beribadah kepada Allah s.w.t., akan diberi
ganjaran 1000 bulan beribadah.

Ibadah apa yg harus dilakukan?
Pada malam itu boleh berdoa, membaca Al-Quran, sembahyang, berzikir dan sebagainya.

Aisyah ra berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu apabila aku mengetahui Lailatul
Qadr? Apa yang sebaiknya aku ucapkan?” Beliau bersabda, ’Ucapkanlah,

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Allahumma innaka ‘afuwwun kariim tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni'.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan
maaf,
maafkanlah aku”

(HR Tarmidzi dan Ibnu Majah)

Bilakah malam Lailatu Qadar?

Narrated by 'Ubada bin As-Samit: The Prophet came out to inform us about the Night of Qadr
but two Muslims were quarreling with each other. So, the Prophet said, "I came out to inform you
about the Night of Qadr but such-and-such persons were quarreling, so the news about it had been
taken away…”
(HR Bukhari)

Narrated by Abu Said Al-Khudri, Rasulullah s.a.w said: "…Whoever was in Itikaf with me should
stay in Itikaf for the last ten days, for I was informed (of the date) of the Night (of Qadr) but I have
been caused to forget it. (In the dream) I saw myself prostrating in mud and water in the morning
of that night. So, look for it in the last ten nights and in the odd ones of them…"
(HR Bukhari)

Wassalam

No comments: