
Assalamualaikum Ustaz, Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private.
Semasa saya kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit isteri jugak,
tetapi duit isteri hak isteri. Jadi, adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji
saya tanpa meminta kebenaran suami? Sebab ada rakan lelaki saya berkata duit isteri pun, perlu
mintak kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab. Terima kasih.
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak
untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat
demikian. Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan
beban kewangan. Dari itu, understanding dari pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup
berumahtangga....susah senang sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang
boleh membebankan suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri sudah membantu,
hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam
rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga.
Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan isteri keluar bekerja.
Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri tempatnya di rumah suami, menjaga rumahtangga
dan anak-anak. Banyak orang tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja.
Sebenarnya, syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang berkemampuan
dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun
alasannya. Alasan boring ka, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak.
Kalau boring, baca Al-Qur'an, khatamkan Al-Qur'an, zikirullah, muhasabah diri, ingat mati. Boleh juga
buat kerja kebajikan secara suka rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit isteri...isteri punya, jika
isteri bekerja untuk membantu beban kewangan.
1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta
faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang
kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban
kewangan.
2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami
demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena
faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa
kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu. Muafakatlah, kerana ia membawa berkat.
Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si suami pula miskin, si isteri
boleh memberikan zakat harta atau zakat fitrah kepada suami. Wallaahu'alam.