Wednesday, 25 June 2008

4 Mazhab

Mazhab Hanafi

Dinisbahkan mazhab ini kepada Imam an-Nu'man bin Thabit ( 80 H- 150 H) . Terkenal dengan gelaran
al-Imam Abu Hanifah. Keturunan beliau berasal dari Parsi,bgmnpun beliau menjadi ahli Iraq.
Beliau dianggap pemimpin aliran 'ahli ra'yi', dan juga dikira sebagai pelopor ilmu qias (perbandingan).

Usul Mazhab beliau adalah :


a. Al-Quran al-Karim.- Beliau tidak menerima pemakaian 'mafhum mukhalafah'.- Tidak terhenti menghukum
pd zohir ayat bahkan, mengkaji 'illat serta meneliti ruh tasyri'. Tidak memegang hanya pd zohir nas al-Quran.
b. As-Sunnah an-Nabawiyah.- Berpegang kpd hadith mutawatir dan masyhur.- Berpegang kpd hadith Ahad
tetapi dgn syarat2 tertentu.
c. Al-Ijma'

d. Qawl Sahabat dan Tabi'e
e. Al-Qias
f. Istihsan
g. Al-'Uruf
h. Al-Masolih al-Mursalah dan al-Istishob.


Mazhab Maliki

Dinisbahkan kepada Imam Malik Bin Anas al-Asbahi ( 93 H - 179 H). Beliau digelar Imam dar al-Hijrah, ini
adalah kerana beliau ahli Madinah. Dikebumikan di perkuburan baqi', Madinah. Beliau salah seorg drpd Imam
madrasah ahli al-Hadith.

Usul Mazhab beliau adalah :

a. Al-Quran al-Karim.- Mengambil zahir nas, umumnya, juga menerima 'mafhum mukhalafah' dan
'mafhum Muwafaqah'
b. As-Sunnah an-Nabawiyah- Menerima hadith Ahad tanpa syarat.- Menerima Hadith Mursal.- Mendahulukan
'Amal Ahli Madinah' daripada Hadith Ahad.
c. Al-Ijma'
d. Qawl Sahabat
e. Al-Qias
f. Al-Maslahat al-Mursalah serta kerap menggunakannya.
g. Al-Istihsan.
h. Saddu al-Dzara'ik


Mazhab Syafi'e

Dinisbahkan kepada Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi'e (150 H- 204 H), keturunannya beremu dgn
keturunan Rasulullah SAW pada Abd al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestin. Setengahnya mengatakan
di 'asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah sehingga diizinkan memberikan fatwa ketika berumur
15 tahun, berpindah ke Madinah dan menuntut dgn Imam Malik dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut
dgn Imam Muhd bin Hasan al-Hanafi, akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat di sana.
Beliau telah menggabungkan ilmu drpd kedua2 aliran ahli ra'yi dan ahli al-hadith. Ini menyebabkan beliau
sgt dihormati oleh kedua2 aliran.

Usul Utama Mazhab:

a. Al-Quran al-Karim.- Beramal dgn Al-Quran serta as-Sunnah menjadi pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid
bgnya.- Memegang zahir Nas sehingga terdpt dalil yang membawa maksud lain dr zahir.
b. As-Sunnah an-Nabawiyyah.- Memegang hadith dgn syarat bersambung dan shohih sanad, iaitu dgn perawi
yg 'thiqah', 'Sadiq', Wara', Memahami apa yang diriwayatkannya, 'dhobid', serta- mendengar hadiith secara
langsung dari orang yang diambilnya.- Tidak menyetujui Abu Hanifah dalam syart pemakaian Hadith Ahad.
- Tidak menyetujui Imam Malik dalam mendahulukan amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad. - Berlainan dari
tiga mazhab lain dlm pemakaian hadith Mursal, di mana ia menerima Hadith Mursal dari Kibar at-Tabi'en spt
Sa'id Musayyab.
c. Qawl Sahabat.- Tidak berhujjah dgn qawl Sahabat krn mungkin ia dtgnya dari ijtihad, lalu berkemungkinan
untuk silap.

d. Ijma'- Berhujjah dgn Ijma' Qawli shj.
e. Al-Qias- Sederhana dlm menerima qias. Tidak meluas spt Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit spt
Imam Ahmad.
f. Al-Istihsan - Menolak pengamalan istihsan serta menyifatkan ia perkataan bersandar nafsu.


Mazhab Hanbali

Dinisbahkan kepada Imam Ahmad Bin Hanbal as-Syaibani ( 164 H - 241 H). Lahir di Baghdad serta wafat di
sana. Salah seorg Imam Aliran Ahli Al-Hadith. Menumpukan banyak masa beliau mengumpulkan hadith
yang dinamakan Musnad, mengandungi lebih kurang 40,000 hadith. 10,000 drpdnya berulang. Ia diambil drpd
750,000 hadith yang dihafaznya. (As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri', Dr Mustafa as-Siba'ie, cet al-Maktab
al-Islami, hlm 482)

Usul Utama Mazhab :

a. Al-Quran dan As-Sunnah.
b. Mengambil Qawl Sahabat.
c. Mengambil Hadith Mursal dan Dhoif. Mendahulukan hadith dhoif ke atas qias.
d. Ijma'
e. Istishob, Masalih al-Mursalah, Sadd al-zara'ik



Oleh :
Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Jabatan Feqh dan Usul Feqh
Universiti al-Yarmouk, Jordan


No comments: