Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatu
Menurut ahli2 falsafah, Globalization, Empiricism, Materialism, Secularism, dan Post-Modernism
semakin menular dlm abad ke-21 ini. Makin hari manusia mengejar untuk kehidupan yang LEBIH
selesa. Adakalanya sanggup mengorbankan agamanya untuk mencari rezeki. Sungguhpun bala
demi bala diturunkan oleh Allah s.w.t., namun kita seolah2 tidak pedulikan kesemua itu dan sering
juga mencari alasan.
Jika dibandingkan dengan Kaum Hawa , Kaum Adam sedang mengalami masalah demi masalah
yang merisaukan Umat Islam. Berhentilah menuding jari. Hisablah diri kita sebelum kita dihisabkan.
Dizaman Rasullullah s.a.w., Kaum Hawa telah diselamatkan daripada terus dihina. Dizaman ini pulak,
Kaum Adam yang sedang dihina (dlm sedar atau tidak). Siapakah yang akan menolong Kaum Adam
sekarang?. Pelbagai tohmahan dilemparkan, pelbagai fitnah diwujudkan, namum MUJAHID ISLAM
mestilah tabahkan diri demi mempertahankan ISLAM yang syumul ini.
Akan tetapi, Apakah punca kepupusan MUJAHID ISLAM ?
Simply to say, ibu bapa , pengaruh rakan sebaya, dan pengaruh barat. Ini kalau soalan SPM bolehla
jawab camtu. Tetapi, sebagai intellectual ISLAM apakah punca sebenar?.
Bapa Perubatan (Ibnu Sina) yang merupakan intellectual Islam telahpun menghafal al-Qur'an ketika
beliau berusia 10 tahun. Jika dibandingkan dengan intellectual Islam dizaman ini, jauh perbezaannya.
Beliau (Ibn Sina) mendalami ilmu perubatan. Tidak ada alasan untuk kita nak berdalih daripada hakikat ini.
Kesemua intellectual-intellectual islam mempunyai latar belakang yang baik baik. Remaja dizaman ini
pulak sedikit sangat yang inginkan suasana seperti dizaman kegemilangan Islam dahulu.
Maka, kalau hendak menghasilkan mujahid islam, perkara yang pertama sekali mesti dibetulkan ialah:-
KAUM HAWA
Statistic Jenayah menunjukkan 35% Kaum Hawa dan 65% Kaum Adam.
Apakah kaitan dengan Kaum Hawa dengan masalah kepupusan Mujahid Islam?.
Dizaman jahiliyyah dulu, perempuan ditanam hidup-hidup, dianggap membawa sial. Pendek kata
perempuan tak guna langsung. Bila Islam datang, barulah perempuan dibebaskan dari belenggu pemikiran
jahilyyah itu.Semakin zaman berubah, kebebasan ini semakin dikembangkan sehinggalah dizaman ini,
perempuanlah segala-galanya. Di Malaysia umpamanya, Universiti2 dibanjiri oleh perempuan - 65% Kaum
Hawa, dan hanya 35% Kaun Adam. Sector economi pula mula dikuasai oleh Kaum Hawa.
Dalam masa yang sama, perlu diingat bahawa, nisbah lelaki kepada perempuan semakin menigkat.
Maka, wujudlah satu phenomena yang bakal mengerunkan mujahid Islam. Wanita mula disanjung,
mula menarik perhatian, dan seterusnya mula menguasai dunia. Yang lemah menjadi mangsa. Maka
berlakulah kemasukan budaya barat. Pelacuran semakin berlelausa, CD-CD lucah dijual secara terang2
dipasar malam, stesen2 radio dan tv sudah semakin bebas untuk melariskan stesen mereka termasuklah
memasukkan budaya2 barat. Chatting sudah menjadi salah satu keperluan harian. Datting tak payah nak
cakaplah, lagi banyak …malah semakin teruk. Bertenet, bergayut, sudah menjadi satu trend kehidupan.
Pendek kata globalisasi menjadikan umat Islam semakin terleka. Jika direnungkan, semua gejala2 yang
disebutkan diatas 80% berPUNCA daripada Kaum Hawa. Kalau dijaga adab-adab, tak wujudlah istilah
bergayut dan berdating ni. Kalau dijaga aurat, tak wujudlah pelacuran dan sebagainya. Kalau didik dengan
betul, tak berlakulah kemasukan budaya budaya barat.
Jadinya, IBU, KAKAK, GURU, dan ISTERI memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan mujahid
Islam. Oleh itu, ingatlah wahai Kaum Hawa, kelalaianmu mampu menghancurkan umat islam. Janganlah
kerana kecuaian ini, terpupus Mujahid Islam.
Oleh yang demikian, WAHAI KAUM HAWA:-
1. Jagalah suaramu. Suaramu yang lunak itu mampu meleburkan keimanan Kaum Adam. Kurangkanlah
bercakap dengan Kaum Adam. Kalau perlu sangat pun janganlah lunakkan suaramu.
2. Pergaulanmu yang bebas mampu melalaikan Kaum Adam.
3. Jagalah tingkah-lakumu dikala berdepan dengan Kaum Adam kerana ianya mampu menarik perhatian
baik ianya yang elok mahupun yang tidak elok.
4. Tutuplah aurat mu dengan secukupnya. Pendedahan auratmu mampu merosakkan mujahid Islam.
Ingatlah wahai Kaum Hawa, Islam kini ketandusan Mujahid Islam. Janganlah hanya kerana keasyikkan
dalam mencari HAK WANITA, diabaikan pulak ISLAM yang bersifat syumul ini.
ISLAM IS A COMPREHENSIVE RELIGION……..janganlah kita nak secularkannya.
Al-Quran Surah An-Nur (30-31)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang
apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam
atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Kesimpulannya, dalam kita mengharungi kehidupan duniawi ini, ingatlah
"Dunia ini jambatan emas yang menghubungkan duniadengan alam akhirat"
Sentiasalah kita mujahadah, sentiasalah kita muhasabah, sentiasalah pertingkatkan amalan2 kita.
Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam…..
"Like the gunner, you have to take aim if you hope to hit the target".
Rancang dengan apa yang ada ditangan, bukan apa yang diangan-angankan. Binalah cita-cita dan
harapan, bukan mimpi dan igauan. Perancangan perlu diperhati agar tertib rapi dan teliti. Umpama
batu yang teratur menjulang keawan.
Semua yang baik itu datangnya dari allah….Dan yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri…..
Sekian….wabillahitaufiq walhidayah……wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…..
No comments:
Post a Comment