SALAH BAS
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk menaiki bas dan duduk di sebelah perempuan Tua.
Perempuan tua itu memandangnya dari atas ke bawah.. dan berkata...
"Kamu Tahu Tak?.. kamu akan ke neraka!"
Si lelaki terkejut terus bangun dan menekan loceng bas serta berkata
"Berhenti... saya salah naik bas."
KUCING
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan... dan mencuri
seekor ikan tenggiri.. Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor
kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk
menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?" "Tentu saja!" jawab pakar konselor... Penjual Ikan bersorak
kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri
yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...
Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat
dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"
BUAH DURIAN
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah
durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itukerana dia tidak memahami berapa
nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
No comments:
Post a Comment