Saturday, 29 December 2007

Syarat Sah Dengki

Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah saw pernah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali pada dua
perkara iaitu terhadap seseorang yang dianugerahkan Al-Quran dan dia membacanya sepanjang siang
dan malam. Juga terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah swt harta kekayaan lalu dia
membelanjakannya dengan baik pada waktu malam dan juga pada waktu siang. (Imam Muslim)

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap
dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia
memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan
oleh Allah lalu dia memanfaatkannya serta mengajarkannya kepada orang lain. (ImamMuslim)

Pengajaran daripada maksud hadith:

1. Dengki (cemburu dan iri hati) terhadap sesuatu ni’mat atau kelebihan seseorang yang lain serta
bercita-cita supaya kelebihan tersebut berpindah kepadanya di samping mendoakan keburukan berlaku
pada diri orang berkenaan adalah haram dan berdosa.

2. Tidak dikira dengki sekiranya kita bercita-cita dan berusaha memiliki sesuatu ni’mat seperti dimiliki
orang lain dengan tidak berusaha atau bercita-cita menjatuhkan orang tersebut atau ni’mat yang ada
pada orang tersebut hilang.

3. Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berlumba-lumba menujuk kecemerlangan dan saling
bantu-membantu mencapai hasrat masing-masing.

4. Ruang, peluang, kesempatan mencapai kegemilangan dunia dan akhirat terbentang luas serta
terhidang untuk setiap hamba Allah swt yang rajin dan ikhlas berusaha mengharapnya.

5. Sifat dengki yang baik dan terarah akan meransang produktiviti serta keghairahan manusia
membangun alam.

6. Positif atau negatif natijah perbuatan kita berkait rapat dengan bagaimana kreatif kita melihat
perkara negatif sebagai peluang berinovatif.


No comments: